Saturday, October 25, 2008

Tips pikat Mr. Bachelor

lelaki suka
wanita suka berterus terang
pantang bagi seorang lelaki apabila seorang wanita menyembunyikan rahsia dirinya.lelaki suka apabila wanita berterus terang dan terbuka.

wanita sederhana
usah pula menunjukkan 'saham'anda yang kononnya tinggi dan meminta itu dan ini.lelaki tidak sukakan cabaran dan situasi yang sukar kerana mereka gemar sesuatu yang lebih bersifat kesederhanaan.

wanita yang pandai masak
jangan merasakan kecantikan sudah cukup untuk lelaki.sebenarnya faktor memasak juga menjadi kunci kejayaan dalam menawan hati seorang lelaki.raji-rajinlah ke dapur.

lelaki benci

gadis jual mahal
lelaki mempunyai ego yang tinggi.jangan sesekali meletak diri anda umpama ratu.akibatnya sukar memujuk kembali hati seorang lelaki.

wanita ego
ego wanita tidak boleh mengatasi sifat semulajadi lelaki.jika kedua-dua ego bertemu,alamatnya memang tidak kemana perhubungan itu.

wanita mengongkong
mungkin seorang wanita berasa sikap mengambil tahu sebagai bukti percintaannya,tidak pula bagi lelaki.lelaki hanya anggap dirinya dikongkong apabila semua perkara dilakukannya ingin diketahui pasangannya.

wanita seksi
jangan sesekali merasakan imej seksi boleh membeli jiwa seorang lelaki.tanggapan itu salah,sebaliknya seksi lebih kepada perawakan semula jadi dan kelembutan peribadi seorang wanita.

wanita mengada-ngada
terdapat dua faktor berbeza antara wanita manja dan wanita mengada-ngadalelaki cukup mual bila berdepan dengan wnita mengada-ngada hingga merimaskan mereka.

wanita terlalu mendesak
pantang seorang lelaki apabila didesak untuk melakukan perkara yang tidak disenangi.jangan memaksa sebaliknya berbincang dengan cara baik sebelum membuat keputusan.

wanita yang selalu memuji dirinya
tidak perlu mendesak untuk menonjolkan kehebatan diri sehingga boleh menjejaskan keselesaan lelaki.biarlah pujian itu datang dari mulut seorang lelaki.

wanita yang mata duitan
jangan pula menonjolkan sikap 'pisau cukur' dengan meminta itu dan inisehingga sukar untuk diberi seorang lelaki.

wanita hipokrit
lelaki boleh memaafkan kesalahan wanita tetapi jangan sesekali bersikap hipokrit dalam perhubungan sehingga mengeruhkan keadaan.

wanita kuat cemburu
belumpun sampai ke gerbang perkahwinan itu sudah cemburu tidak tentu pasal.perlu diingat,lelaki mudah bosan dan tidak suka dikongkong dengan perkara remeh-temeh.

artikel dari Berita Harian....

No comments: