Monday, October 27, 2008


SATU HARI CINTA DAN KAWAN JALAN BERSAMA DALAM KAMPUNG,TIBA-TIBA CINTA TERJATUH DALAM TELAGA....KENAPA?KERANA CINTA ITU BUTA...LALU KAWAN PUN IKUT TERJUN DALAM TELAGA...KENAPA?KERANA KAWAN AKAN BUAT APA SAJA DEMI CINTA!!!DI DALAM TELAGA CINTA HILANG...KENAPA?KERANA CINTA ITU HALUS,MUDAH HILANG KALAU TIDAK DIJAGA,SUKAR DICARI APATAH LAGI DALAM TELAGA YANG GELAP...SEDANGKAN KAWANMASIH LAGI TERCARI-CARI DI MANA CINTA DAN TERUS MENUNGGU....KENAPA?KERANA KAWAN ITU SEJATI DAN AKAN KEKAL SEBAGAI KAWAN....

Saturday, October 25, 2008

Tips pikat Mr. Bachelor

lelaki suka
wanita suka berterus terang
pantang bagi seorang lelaki apabila seorang wanita menyembunyikan rahsia dirinya.lelaki suka apabila wanita berterus terang dan terbuka.

wanita sederhana
usah pula menunjukkan 'saham'anda yang kononnya tinggi dan meminta itu dan ini.lelaki tidak sukakan cabaran dan situasi yang sukar kerana mereka gemar sesuatu yang lebih bersifat kesederhanaan.

wanita yang pandai masak
jangan merasakan kecantikan sudah cukup untuk lelaki.sebenarnya faktor memasak juga menjadi kunci kejayaan dalam menawan hati seorang lelaki.raji-rajinlah ke dapur.

lelaki benci

gadis jual mahal
lelaki mempunyai ego yang tinggi.jangan sesekali meletak diri anda umpama ratu.akibatnya sukar memujuk kembali hati seorang lelaki.

wanita ego
ego wanita tidak boleh mengatasi sifat semulajadi lelaki.jika kedua-dua ego bertemu,alamatnya memang tidak kemana perhubungan itu.

wanita mengongkong
mungkin seorang wanita berasa sikap mengambil tahu sebagai bukti percintaannya,tidak pula bagi lelaki.lelaki hanya anggap dirinya dikongkong apabila semua perkara dilakukannya ingin diketahui pasangannya.

wanita seksi
jangan sesekali merasakan imej seksi boleh membeli jiwa seorang lelaki.tanggapan itu salah,sebaliknya seksi lebih kepada perawakan semula jadi dan kelembutan peribadi seorang wanita.

wanita mengada-ngada
terdapat dua faktor berbeza antara wanita manja dan wanita mengada-ngadalelaki cukup mual bila berdepan dengan wnita mengada-ngada hingga merimaskan mereka.

wanita terlalu mendesak
pantang seorang lelaki apabila didesak untuk melakukan perkara yang tidak disenangi.jangan memaksa sebaliknya berbincang dengan cara baik sebelum membuat keputusan.

wanita yang selalu memuji dirinya
tidak perlu mendesak untuk menonjolkan kehebatan diri sehingga boleh menjejaskan keselesaan lelaki.biarlah pujian itu datang dari mulut seorang lelaki.

wanita yang mata duitan
jangan pula menonjolkan sikap 'pisau cukur' dengan meminta itu dan inisehingga sukar untuk diberi seorang lelaki.

wanita hipokrit
lelaki boleh memaafkan kesalahan wanita tetapi jangan sesekali bersikap hipokrit dalam perhubungan sehingga mengeruhkan keadaan.

wanita kuat cemburu
belumpun sampai ke gerbang perkahwinan itu sudah cemburu tidak tentu pasal.perlu diingat,lelaki mudah bosan dan tidak suka dikongkong dengan perkara remeh-temeh.

artikel dari Berita Harian....

Tips merapatkan diri dengan si dia

Jangan Terburu-buru…Kebanyakan yang saya jumpa, ramai yang terburu-buru bila dia dah syok pada seseorang perempuan. Kalau boleh, masa tu la dia nak no phone, masa tu la dia nak mesej-mesej, masa tu la dia nak tanya macam-macam.

Rileks… Bertenang… Jangan kelam-kabut. Kita mesti cool… Kalau nak mintak no phone pun ada cara dia. Jangan main terjah terus. Perkenalkan diri dulu dan bagitau niat kita nak berkenalan.

Kalau dia sombong atau tak nak layan tu, maksudnya, dia sudah berpunya atau dia ada masalah lain yang dia tidak dapat nak terima kita.


Be Gentleman…Yup! Be gentleman… Tunjukkan siapa diri kita. Kita lelaki, dan dia perempuan. Sudah pasti kita lagi kuat dari mereka. Sekiranya kita tengok dia perlukan bantuan, berikanlah pertolongan. Offerkan diri kita untuk tolong dia. Takkan nak tunggu si dia yang panggil kot. Tu ngada-ngada namanya…

Usik-usik la sikit…Kadang-kadang kita perlu menggatai sikit… Puji la pasal tudung baru dia ke, kasut baru dia ke, make-up dia ke… Puji je apa-apa yang patut. Saja nak mengusik dia. Biar dia tersenyum malu gitu…

Kalau takde idea nak usik dia, cuba ceritakan something yang kelakar atau kisah kehidupan awak. Mesti dia tertarik untuk ambil tahu. Lagi-lagi kalau tambah adengan yang suspen siap ada ‘to be continued’ macam tu. Confirm dia akan tertanya-tanya dan suruh kita cerita lagi.

Mulut kena manis…
Kebanyakan lelaki kantoi dekat sini. Mereka tak tahu nak cerita pasal apa bila bertemu dengan perempuan. Bila terserempak je, mula la lidah kelu, otak jammed. Semuanya tak jalan.

Dekat sini kita kena pandai mencari idea untuk mulakan perbualan. Takkan nak dua-dua senyap membisu je. Dia pun akan berasa bosan nanti. Jadi, kita kena kreatif dalam berbicara. Lihat sekeliling dan ceritakan apa yang berlaku pada ketika itu.

Kalau masa tu korang dekat taman permainan, cakap la, “E…pandainya kontraktor ni buat buaian kan? Siap kaler biru lagi. Mesti masa kecik-kecik dia suka main buaian kan? Awak masa kecik-kecik suka main buaian tak?” Walaupun ianya tidak seberapa menarik, tetapi atleast dari situ kita akan mewujudkan daya untuk berbual.

Biar dia rindu…
Ha…ni tips yang menarik. Biar dia rindu pada kita. Bagaimana nak buat tu? Semasa korang asyik berSMS, cuba ambil satu masa atau satu hari tu, korang tak SMS dia langsung. Cuba lihat reaksi dia.

Adakah si dia akan SMS korang atau dia pun senyap je. Kalau dia SMS, maksudnya, bagus la tu. Mesti dia tengah sunyi dan rindu pada korang. Tetapi…kalau dia pun tak SMS, bahaya gak la. Maksudnya, kita hanyalah seorang insan yang biasa di hati dia lagi. Kena banyakkan usaha lagi.

Jadi…begitulah serba sedikit tips yang saya dapat kongsikan . Bagi kepada jejaka-jejaka di luar sana yang ada tips yang lagi bagus lagi, sila la berkongsi dengan saya. Boleh kita bantu rakan-rakan kita yang nak approach girl nanti.

Friday, October 24, 2008














ni la orang2 belakang tabir....memang sempoi ar....



sedap giler la sate ni....Amar makan smp x terkata tau..........


TQ ar pd Mak tok,Tok Ayah,Pak Long Faozi,Mak LOng Aziah,Pak Njang Fuad,Mak Njang Liza,Pak Ndak Faisal,Mak Ndak Wardah,Mak Cik Fairus,Pak Ngah Fuad,Aizal,Fifi,Amar,adk Dila,Abg Afif dan sape2 yang sibuk masa open house ari 2...hehehe...ape2 pn tahun depan nk tgk bapak saudara plak yang wat umah terbuka besar-besaran....huaks...layannnnn....

Mak cik Fairus tengah bakar sate ni...khusyuk giler...ape2 pn TQ for all yang datang umah hari raya ke3....klu ade rezeki kite wat lagi tahun depan....

Golf@Udm


aksi Kak Mah dengan kayu golfnya....ni time Kelab Golf UDM anjur tournament....bleh la lepas tension...ape lagi!!!pukul bola..!!!!!

CiNtA

Apa itu cinta?kata orang;cinta adalah saling menyayangi antara satu sama lain....menyintai seseorang memang mudah dan senang tetapi untuk membuatkan seseorang itu mencintai kita memang sukar...jika kita tidak mahu dikecewakan,lebih baik menjauhi cinta kerana cinta itu amat menyakitkan...kita akan mengalami perasaan seperti stress dan tension jika bermain dengan cinta......cinta hanya indah jika saling memahami antara satu sama lain....jika tidak,faham-faham la....paling menyakitkan apabila seseorang itu menyembunyi status diri dan hipoktit.Apabila dah kantoi,macam-macam ar...tapi sebagai seorang yang baik dan suka berteman akan memaafkan orang seperti ini...apa kata awak?adakah anda akan terus berkawan atau sebalikya?sememangnya seseorang itu mempuyai hak untuk menyembunyikan status diri,mungkin kerana malu atau takut menjadi buah mulut orang...setuju x?



written by: adruce

Wednesday, October 15, 2008

PANDUAN PIKAT GADIS IDAMAN

Di waktu santai, pastinya anda ingin bersuka ria bersama rakan-rakan atau bersama kekasih. Tetapi, anda lelaki yang sukar untuk mendapatkan teman wanita atau kekasih yang sehati sejiwa.
Anda pula cukup malu untuk mendekati perempuan, apa lagi membuka mulut untuk mengajaknya keluar! Bagaimanapun, tip di bawah ini mungkin boleh membantu.

Di waktu santai, pastinya anda ingin bersuka ria bersama rakan-rakan atau bersama kekasih. Tetapi, anda lelaki yang sukar untuk mendapatkan teman wanita atau kekasih yang sehati sejiwa.

Anda pula cukup malu untuk mendekati perempuan, apa lagi membuka mulut untuk mengajaknya keluar! Bagaimanapun, tip di bawah ini mungkin boleh membantu.

1. Kenal pasti gadis idaman

Sebagai lelaki anda perlu memulakan langkah pertama. Beranikan diri bergaul dan berkenalan dengan ramai gadis sebelum membuat pilihan.

Anda perlu menyesuaikan diri dengan keadaan dan perlulah mengawasi gerak-gerinya. Tapi janganlah anda mengekorinya sehingga ke depan rumah!

2. Selidik latar belakang

Apabila bertemu dengan gadis diminati, anda perlu melakukan sedikit penyiasatan. Selidik latar belakangnya sama ada dia sesuai atau tidak, siapa keluarganya dan paling penting, adakah dia sudah berpunya.

Caranya, anda boleh bertanya kepada rakan-rakan gadis berkenaan.

3. Pastikan dia tahu kehadiran anda

Anda sudah pun bertemu dengan bakal teman wanita. Perlu diingat anda tidak akan dapat mendekati gadis impian melainkan anda menegurnya.

Mulakan dengan senyuman sebagai langkah pertama. Bagaimanapun anda tidak digalakkan merenung gadis itu terlalu lama kerana ia boleh membuatkan dia mempunyai prasangka negatif.

Selain itu, anda perlu berlagak biasa dan jangan cuba untuk berlagak macho atau seksi kerana ia juga boleh membuatkan gadis itu meluat.

4. Biar dia tahu anda menyukainya

Berlagak biasa tetapi berhati-hati dengan percakapan dan tindak-tanduk agar tidak menyinggung perasaannya.

Anda juga boleh mengatur temu janji seperti makan malam atau menonton wayang. Namun, lebih baik bertanya si gadis ke mana dia ingin pergi agar lebih selesa.

Apabila anda berdua sudah semakin selesa dan serasi inilah masanya untuk menonjolkan sikap gentelman dan berterus terang

Teka - teki...

1. Soalan: ape beza anak dara dulu ngan anak dara skrg
Jawapan : anak dara dulu dah tua,anak dara skrg masih muda laaaaa.....

2.Soalan: benda apa yg kalau kita kasi dia makan dia hidup tapi klau kita kasi dia minum dia mati
Jawapan : api sbb kita kasi dia sampah die mkn tpi kasi minum dia mati

3.Soalan: gajah naik titi,titi patah,kambing pulak patah pe?
Jawapan : patah balik la,sebab titi tu kan dah patah.camne nak lalu.hu3

4.Soalan: benda ni korang jilat2 kemudian korang cucuk2..apakah benda tu...jgn fikir yg x baik nanti berdosa besar
Jawapan : jarum ngan benang

5.Soalan: kalo kapal jatuh, apa yang timbul???????????????
Jawapan : masalah lah yg timbul pandai punye

6.Soalan: ada banyak tempat, tempat apakah pakai huruf jawi?.........
Jawapan : Tawau ( huruf ta dan wau)

7.Soalan: ape persamaan kod gitar dengan ikan kod?
Jawapan : kedua-duanya bley digoreng

8.Soalan: Kenapa Portugis berani serang Melaka tapi tak berani serang Kedah?
Jawapan : Sebab Kedah banyak "Hang"

9.Soalan: bende pe yg ade 8 kaki,2 sayap dan 1 topi?
Jawapan : koboi tuggang kuda wak ayam...huhahuah

best ar raye!!!!


bleh tahan jgak la raya tahun ni...tp x jalan2 mn sgt pn...raya ke5 dah blk U dh...
korang dapat byk x duit raya?sy x byak sgt pn...huhu...tapi yang x bestnye ramai jugak kanak2 yang cedera t'kena mercun...sdih ar....doakan supaya diorang sembuh cpat ar...Amin....