Tuesday, June 7, 2011

cuti oh cuti

pe korg wat ea time cti?dah la lame..smp 4bln...adeh...ponat den cti lame2...wa cam biase la time cti ney..berbakti pd tanah...hahaha...KEDAH JELAPANG PADI....

Friday, March 18, 2011

Cara Lelaki Menguji Wanita

1. Adakah si dia materialistik?

Sering menjadi persoalan kebanyakan kaum
lelaki. Untuk mengetahui sejauh mana tahap materialistik anda, mereka
akan menguji dengan cara ini:

Memberi hadiah murah
Reaksi kamu: Sering bertanyakan soal harga, jenama, di mana membelinya dan tidak mahu sesekali menyimpan barang tersebut. Kamu gagal.

Reaksi kamu: Gembira dengan pemberian yang amat bermakna dan terus memakainya. Kamu lulus.

Mengajak menikmati hidangan yang murah
Reaksi kamu: Menolak ajakannya, tidak mahu menikmati hidangan yang disediakan dan menunjukkan rasa marah. Anda gagal.

Reaksi kamu: Tidak keberatan menunaikan permintaannya dan menikmati hidangan dengan penuh selera. Anda lulus.

2. Perkara yang melemahkan perasaan wanita apabila diuji tahap cemburu

Sesetengah golongan lelaki sentiasa ingin mengetahui sejauh mana perasaan cemburu kekasihnya. Sama ada berat mahupun tidak, dia akan menguji dengan cara ini:

Mengenalkan kepada kamu bekas teman wanitanya
Reaksi kamu: Mula mempamerkan wajah yang muram dan sering menanyakan tentang hal berkaitan keperibadian perempuan itu sebaik sahaja diperkenalkan. Anda gagal.

Reaksi kamu: Sentiasa menghulurkan senyuman bahkan memuji perempuan itu di hadapannya. Anda lulus.

Menelefon wanita lain di hadapan kamu
Reaksi kamu: Marah dan mengatakan bahawa kamu tidak suka dia menelefon perempuan lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Bersikap tenang seolah-olah hal itu bukan suatu masalah yang besar. Anda lulus.

3. Hubungan bekas teman lelaki


Rasa ingin tahu sejauh mana hubungan kamu dengan bekas teman lelaki adalah cara dia mengetahui sejauh mana cinta kamu terhadapnya. Ia akan menguji dengan cara ini:

Bertanyakan khabar bekas teman lelaki
Reaksi kamu: "Oh, dia semakin sihat, kami baru saja berjumpa pada minggu lepas". Anda gagal.

Reaksi kamu: "Kenapa saya perlu mengetahui tentang khabar si dia, sedangkan hati saya telah dimiliki". Anda lulus.

Adakah kamu masih menjalinkan hubungan dengannya?
Reaksi kamu: Marah sambil mengutuk keburukan bekas kekasih. Anda gagal.

Reaksi kamu: "Kami masih berkawan, tetapi tidak serapat seperti dahulu". Anda lulus.

4. Mengukur tahap kesetiaan

Demi menginginkan kejujuran dan kesetiaan
daripada insan yang paling disayangi, si dia akan menguji kesetiaan kamu
dengan cara berikut:

Pergi melancong
Reaksi kamu: Tidak pernah menghubungi si dia atau tidak pernah bertanyakan tentang dirinya dan lebih memberi keutamaan kepada teman-teman lain. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menghubungi si dia setiap masa dan saling mengotakan janji. Anda lulus.

Meminta bantuan temannya untuk menggoda kamu
Reaksi kamu: Menerima pujukan temannya dan keluar makan bersama. Anda gagal.

Reaksi kamu: Menolak godaan temannya dan mengatakan kamu tidak tertarik dengan pujuk rayu itu. Anda lulus.

Tips Cinta ini telah dikongsikan oleh saudara xxs di Forum Tentang Cinta.

ps: Pernahkah anda menguji pasangan anda dengan perkara-perkara di atas? Jika ya, apakah reaksi mereka?

Source: www.tentangcinta.com

Wednesday, March 16, 2011

Warna- Warni Kehidupan

Tidak semua perkara yg kita ingin dapatkan akan kita peroleh...kita hanya insan yang selalu mengharapkan sesuatu yang indah dalam kehidupan...tidak kira dari segi kemewahan, kebahagian mahupun ketenangan...ada orang ckp kemewahan akan mmbawa kebahagian dan ketenangan...tp tidak semua akan rasa bahagia bila ada kemewahan,tp kasih sayang akan membawa kepada kebahagiaan dan ketenangan...seseorang itu akan bahagia bila ada orang yang menyayangi dan sentiasa berada di sampingnya even senang @ susah...itu adalah perkara paling bahagia..

Everyday I sit and ask myself
How did love slip away
Something whispers in my ear and says
That you are not alone

Wednesday, January 5, 2011

Meronda ngn vespa....



bosan2 time awal2 sem ni...jln2 pon best gak...bleh mkn angin sambil2 shopping.ape lg,meronda dlm bandar K.T....hahahha

Saturday, August 14, 2010

UniSZA jalin kerjasama dengan Inceif

Universiti Darul Iman(UDM) tlah dtkarkn nama kpd Universiti Sultan Zainal Abidin(UNISZA)...aku skali lg dpt mlnjutkn stdy aku kt cni...dlm jurusan islamic finance...


KUALA TERENGGANU 9 Julai - Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengadakan kerjasama dengan The International Centre for Education in Islamic Finance (Inceif) untuk melahirkan lebih ramai profesional perbankan Islam.

Naib Canselornya, Datuk Prof. Dr. Alias Daud berkata, melalui jalinan hubungan itu, sebanyak lapan kursus program Chartered Islamic Finance Profesional (CIFP) akan diintegrasikan dalam kurikulum program Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) yang ditawarkan universiti tersebut.

Katanya, langkah itu bertujuan melahirkan graduan yang memenuhi kehendak industri perbankan Islam tanpa memerlukan graduan mengikuti kursus atau latihan lain selepas tamat pengajian bagi menambah ilmu dalam bidang itu.

"Selepas tamat pengajian, mereka akan menerima dua kelayakan iaitu Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kewangan Islam) dan Sijil Profesional CIFP Bahagian 1 daripada Inceif.

''Mereka boleh melanjutkan pelajaran dalam Bahagian Dua CIFP yang setaraf sijil peringkat sarjana. Sijil CIFP ini juga diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam," katanya selepas Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) UniSZA dengan Incief di sini hari ini.

Dr. Alias mewakili UniSZA manakala Inceif diwakili oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Agil Natt.

Inceif yang ditubuhkan pada 2005 oleh Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyediakan program pengajian dalam bidang kewangan dan perbankan Islam.

Alias berkata, ketika ini, seramai 56 mahasiswa sedang mengikuti program yang dimulakan pada sesi pengajian tahun ini.

''Kursus ini diajar oleh tenaga pengajar UniSZA namun kertas peperiksaan kursus-kursus berkenaan disediakan oleh Inceif," ujarnya.

Sementara itu, Agil berkata, pihaknya menjalinkan kerjasama tersebut selepas mengadakan proses rundingan dengan UniSZA sejak dua tahun lalu.

''Kami berpuas hati dan percaya dengan kemampuan UniSZA dalam membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang perbankan Islam," ujarnya.

Beliau berkata, kerjasama berkenaan berlaku tepat pada masanya ketika pasaran kewangan Islam semakin berkembang sejak beberapa tahun lalu.

''Kewangan Islam kini menarik perhatian pelbagai pihak. Ia bukan lagi satu sistem perbankan konvensional tetapi telah berkembang sebagai satu alternatif kepada sistem perbankan konvensional.

''Kumpulan insurans dan perbankan besar kini sangat tertarik terhadap kewangan Islam dalam mengembangkan perniagaan mereka," ujarnya.

Inceif hasrat tambah pelajar bukan Islam

KUALA TERENGGANU 9 Julai - Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (Inceif) berhasrat meningkatkan peratusan penuntut bukan Islam, yang pada masa ini berjumlah 13 peratus, kepada 20 peratus.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Inceif Datuk Agil Natt berkata, program Chartered Islamic Finance Professional (CIFP) yang diperkenalkan pada 2006 menarik minat lebih 1,500 pelajar dari 69 negara.

"Lebih 40 peratus penuntut CIFP merupakan pelajar antarabangsa dari negara seperti Jepun, Korea Selatan, United Kingdom dan Perancis," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Inceif dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini hari ini.

Agil, memeterai MoA itu bagi pihak INCEIF manakala Naib Canselor Datuk Prof Dr Alias Daud dan Timbalan Naib Canselor (Akademi dan Hal Ehwal Antarabangsa) Prof. Dr. Mohd. Afandi Muhamad mewakili UniSZA.

MoA itu merupakan usahasama kedua-dua pihak untuk memperkukuhkan kerjasama, terutamanya dalam ilmu pendidikan perbankan dan kewangan Islam, terutamanya mengenai penyelidikan dan pembangunan, pertukaran maklumat dan latihan.

Agil berkata, terdapat banyak peluang dalam bidang kewangan Islam kerana pertumbuhan dalam sektor itu pada kebelakangan ini amat memberangsangkan.

"Di seluruh dunia, pengurusan aset-aset Islam bernilai US$750 bilion dan dijangka mencecah AS$1 trilion menjelang 2010 dengan pertumbuhan tahunan sekitar 15 hingga 20 peratus untuk beberapa tahun akan datang.

"Dana Mutual Islam berkembang pada purata 23 peratus setahun dengan aset-aset bernilai US$300 bilion. Terdapat juga pertumbuhan ketara dalam industri Takaful sebanyak 13 peratus setahun," katanya.

Jumlah institusi kewangan Islam telah berkembang kepada lebih 600 di lebih 75 negara.

"Kewangan aset-aset Islam dijangka berkembang kepada US$1.6 trilion menjelang 2012 manakala sukuk global dunia pada masa ini dianggarkan bernilai US$153 bilion," katanya.

Beliau berkata, kumpulan perbankan dan insurans kini amat berminat dalam kewangan Islam sebagai satu medium untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan masing-masing.

"Pusat-pusat kewangan tersohor seperti London, Hong Kong, Tokyo dan Singapura sudah mengambil langkah untuk memperkukuhkan kedudukan sebagai pusat-pusat kewangan Islam yang unggul," katanya.

Mengenai MoA antara Inceif dan UniSZA, Agil berkata lapan modul daripada Program CIFP Bahagian Pertama akan digunakan oleh universiti itu dalam program Bacelor Pengurusan Perniagaan (BBA) (Kewangan Islam) dan modul-modul ini akan ditawarkan kepada penuntut tahun akhir.

Mahasiswa UniSZA akan menerima dua sijil iaiatu BBA (Kewangan Islam) dengan Kepujian dan CIFP Bahagian Pertama.

Penuntut yang mempunyai sijil CIFP Bahagian Pertama layak untuk mengikuti program CIFP Bahagian Kedua yang diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam sebagai setaraf ijazah sarjana.

- BERNAMA

Thursday, July 1, 2010

Annual dinner





best woo mlm dinner ni...mcm2 ada...lecterer ksyangan kitorang pn trut serta..yg pling mnyayat ati 2,die smp nangis sal kitorng da abis blaja dah...sdey la die ckp nk b'psah ngn kitorang...smpat ar jgk b'karoke mlm 2...heheh...ni la antara pics ngn lecterer n bdk klas....nnt kite wat reunion ea...hahah













Saturday, April 10, 2010

Kedah vs Negeri Sembilan



jom pakat2 pi bkt jalil....aku xleh nk pi bkt jalil...sdey siot,kedah pantang kalah...membujur lalu melintang patah...

Sunday, January 24, 2010

Pertukaran logo KELAB INTRADE


logo lama intrade




logo baru intrade ciptaan aku...designed by CreWkillerZ


ok x?heheh



Toyota Soarer




xde keje nk wat...huhuh...ni la hobi aku tme ms lapang...

Tuesday, September 15, 2009

GENG:Pengembaraan Bermula


Klik cover untuk Download
Upin dan Ipin...Best citer animasi ni....
btol3....layan..